Ang Hang Kok & Yap Li Teng

From AmwayWiki
Jump to: navigation, search
Ang Hang Kok & Yap Li Teng
Ang01.jpg
Pin: Diamond
Markets: Malaysia
LOA:

BWW

LOS Upline: Alvin Tham Wai Kim
Website:
Notes:

Kisah Kejayaan

Latarbelakang

Ang Hang Kok & Yap Li Teng Johor Bahru Ang Hian Keong & Chang Shee Kee

“Jika anda mahukan sesuatu, dapatkannya!”

Dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan, saya bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di AS. Atas sebab ini, saya berterima kasih kepada ibu bapa, adik-beradik saya dan ipar-duai. Selepas tamat pengajian pada 1997, saya pulang ke tanah air untuk membantu mengendalikan perniagaan keluarga yang telah berusia 20 tahun iaitu pemprosesan makanan laut. Pada 2003, saya dan Li Teng memulakan perniagaan Makanan & Minuman kami sendiri. Kami bekerja keras selama lima tahun dan berjaya mencapai matlamat kami iaitu membuka lima cawangan. Namun begitu, kesihatan kami terjejas kerananya.

Memulakan Perniagaan Amway

Kami pernah terfikir yang kami akan menghabiskan seluruh hayat kami dalam industri Makanan & Minuman, tetapi mentor merangkap pengedar atasan kami, Pengedar Terus Zamrud Ang Hian Keong & Chang Shee Kee membuka pintu kepada kami dengan memperkenalkan Amway pada 2005. Dengan susulan yang berterusan daripada mereka, kami mampu melihat nilai sebenar Amway – ia mampu memberikan masa dan kebebasan dari segi kewangan dan kerohanian kepada kami.

Apa yang paling mengkagumkan kami ialah produk-produk Amway™. Li Teng sering jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Kesihatan kami, terutamanya Li Teng, nyata bertambah baik selepas mula mengambil suplemen dengan produk nutrilite™.

Kini, kami mempunyai dua orang anak yang sihat dan comel yang merupakan dorongan terbesar untuk kami berjaya dalam Amway. Persekitaran Amway begitu proaktif dan kondusif untuk belajar. Orang-orang yang sealiran berkongsi matlamat yang sama dan saling memberi galakan, selaras dengan falsafah Amway, “membantu orang lain untuk membantu diri anda”. Ini merupakan faktor penentu yang menyebabkan saya mengabdikan diri kepada perniagaan ini pertama sekali.

Kelebihan Perniagaan Amway

Dari persekitaran ini, kami mampu melihat bahawa dalam hidup, setiap orang mendapat peluang yang mereka impikan. Tetapi, hanya mereka yang bersedia merebut peluang itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka akan dapat mengubah kehidupan mereka menjadi bertambah baik. Walaupun bukan semua percubaan membuahkan hasil, tanpa sebarang percubaan, pastinya tiada hasil langsung. Kami juga menyedari bahawa untuk menjalani kehidupan yang berjaya, seseorang itu mesti mempunyai matlamat yang nyata. Dengan menetapkan matlamat yang khusus, anda sedang mencipta peristiwa penting dalam perjalanan anda menuju ke puncak kejayaan. Jadi, sebelum anda memulakan perjalanan anda, tanya diri anda, “Apakah objektif saya dalam hidup?”

Pemilik perniagaan konvensional perlu meluangkan masa untuk menjadi inovatif dan kerap memperkenalkan idea-idea baru agar kekal berdaya saing. Sebagai Pengedar Amway, kita tidak perlu berbuat demikian. Kita boleh mengikuti contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh para pemimpin yang berjaya dan sentiasa ada orang yang sanggup mengajar, asalkan anda sanggup belajar. Tambahan lagi, Amway memberikan latihan yang telah dirancang dengan teliti dan mudah untuk diikuti. Apa yang diperlukandaripada anda ialah kesanggupan untuk mendengar dan mematuhi nasihat.

Cabaran dan Ganjaran

Terima kasih kepada Amway, kami mampu memenuhi impian kami untuk melancong ke serata dunia. Kami telah ke Alaska dan Jepun untuk seminar kepimpinan, dan juga Hokkaido untuk Forum Intan Tempatan. Istilah ‘kegagalan’ tiada dalam kamus Amway. Yang ada hanyalah mereka yang mengalah sebelum mencuba. Para pemimpin yang berjaya dalam Amway tidak percaya dalam ‘kegagalan’. Mereka berciti-cita tinggi dan berani mengatasi segala cabaran yang mendatang. Cabaran hanya menjadikan mereka lebih kuat dan memberikan mereka lebih motivasi untuk merealisasikan impian mereka. Jadi, mari kita bersatu dan mengatasi segala cabaran demi masa depan yang cerah. Asalkan anda berani bermimpi, percaya pada diri sendiri, tekun dan mengambil tindakan yang wajar, tiada yang mustahil. Belajar dan terus belajar. Bertindak dan terus mengambil tindakan. Jadikan Intan sasaran anda. Dengan melakukan perkara-perkara yang orang lain tidak berani lakukan, barulah anda akan mencapai kejayaan yang luar biasa!

Sekalung Penghargaan

Dengan tulus ikhlas, kami berterima kepada pengedar atasan Pengedar Terus Zamrud Ang Hian Keong & Chang Shee Kee, pemimpin dalam kumpulan kami seperti Wang Chin Lih, Pengedar Terus Zamrud Tham Wai Hong & Wang Chuen Yi, Pengedar Terus Intan Eksekutif Alvin Tham Wai Kim, dan Pengedar Terus Tiga Intan Pengasas Siew Fang & Celia Wong.

Kami juga terhutang budi kepada rakan niaga kami, terutamanya Pengedar Terus Zamrud Steve Cheng & Tan Joo Gek, Pengedar Terus Zamrud Pengasas Peggy Wong, Pengedar Terus Zamrud Ho Chorn Kong & New Yee Pheng, Pengedar Terus Zamrud Lee Yon Siong & Leong Siew Fun, Pengedar Terus Platinum Pengasas Alfred Yeo & Elva Lew, Pengedar Terus Platinum Kee Tuan Ming dan Pengedar Terus Platinum Foo Fong Meng.

Saya, terutamanya, ingin berterima kasih kepada Li Teng atas sokongan yang tidak putus-putus. Dunia saya lebih indah kerana beliau.

Akhir sekali, terima kasih kepada Pengasas Bersama Rich & Jay, dan semua kakitangan Amway atas kerjasama dan sokongan. Kami boleh melakukannya, and juga boleh. Jumpa anda di puncak jaya!

[Amagram September 2009, Amway Malaysia]