Lee Yin Chuan & Gek Hong

From AmwayWiki
Jump to: navigation, search
Lee Yin Chuan & Gek Hong
Lee Yin Chuan (Small).jpg
Pin: Crown Ambassador (2010)
Markets: Malaysia
LOA:

Network J&J

LOS Upline: Liew Keang Yaip & Kim Hai
Website:
Notes:

aka 李恩全 韓玉風

Qualifications


Kisah Kejayaan

[ PRAKATA ]

Dahulu, kehidupan kami dipenuhi onak dan duri. Hari ini segalanya menakjubkan.


[PERTEMUAN - Di sinilah impian saya bermula]

Keluarga saya miskin. Ibu menjadi balu pada usia yang muda dan membesarkan kami lima beradik bersendirian. Kegembiraan sesuatu yang asing kerana kami diasuh dengan ketegasan dan disiplin. Walaupun melalui kehidupan yang memeritkan, keinginan untuk menyara ibu dan keluarga sentiasa menjadi dorongan untuk saya membina masa depan yang lebih baik. Pertemuan saya dengan AMWAY bermula 20 tahun lalu apabila penaja saya Lee Yoon Chong menjemput saya menghadiri satu perjumpaan peluang perniagaan. Sejak itu, saya tidak berpaling lagi. Ia keputusan yang pantas dan mudah, saya mahu menjadi sebahagian dari dunia AMWAY.


[MENGAKTIFKAN - Membuka laluan untuk mengejar impian kami]

Pada mulanya, persekitaran yang baru ini membingungkan saya. Namun, para pemimpin yang tidak pernah jemu membimbing kami mengukuhkan keyakinan saya terhadap perniagaan ini. Sebagai seorang yang optimis, rajin dan penuh semangat, saya berupaya menyesuaikan diri dengan cepat. Saya begitu proaktif dan menimba ilmu sebanyak dan sepantas mungkin. Namun, saya sentiasa berhati-hati agar tidak terlalu terburu-buru. Saya sentiasa mengingatkan diri agar lebih realistik dalam menetapkan dan mencapai matlamat saya. Saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran atau rintangan. Fahami dan amalkan nilai-nilai perniagaan AMWAY, zahirkan impian dalam tindakan anda. Anda akan lihat bahawa cita-cita dan aspirasi sememangnya boleh dicapai.


[KESETIAAN - Impian terus bersemarak]

Setiap kejayaan merupakan tanda aras bagi tahap tertentu dalam hidup kita. Tiba-tiba saya memperoleh peluang untuk memulakan perniagaan sendiri di Malaysia. Apa yang saya tidak tahu ialah jaringan perniagaan kami akan berkembang meliputi Asia, Eropah dan Amerika Utara. Ia memang sesuatu yang tidak dijangka.

Kami anggap setiap hari sebagai satu peluang untuk memulakan langkah baru. Kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu insan lain memenuhi keperluan mereka dan kami melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kami harap pencapaian sebagai Duta Mahkota dan perjalanan kami untuk mencapainya akan memberikan inspirasi dan keberanian kepada semua untuk membina impian, berjaya dan memulakan babak baru dalam kehidupan mereka.


[“Tanpa cabaran, tiada permata yang boleh digilap, tiada insan yang akan sempurna.”]

Malam paling gelap sebelum dinihari. Jika kehidupan berjalan lancar tanpa halangan, anda tidak akan tahu betapa hebat dan indahnya ia. Kecekalan dan keazaman memang diperlukan untuk berjaya dalam sebarang usaha. Begitu juga AMWAY. Usah jadi pesimis. Bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan kepada anda setakat ini. Usah ragu-ragu. Ambil peluang ini dan lakarkan perjalanan hidup yang luar biasa!


[UCAPAN TERIMA KASIH]

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai insan yang telah membantu kami selama ini. Mereka ialah pengedar atasan saya Intan Liew Keang Yaip & Kim Hai, Zamrud Heng Peck Lang, Intan Eksekutif Pengasas Tan Kim Hoe & Jit Wah dan Duta Mahkota Chan Koon Tin & Chai Foong kerana menjadi mentor dan inspirasi kepada saya; Duta Mahkota dalam tiga pasaran Foo Howe Kean & Shu Chen atas bimbingan mereka; Tiga Intan Pengasas Gerald & Angela De Silva; Intan Alfred & Hamidah Hendroff dan Duta Mahkota Malaysia yang pertama Peter Lee & Choi Kit atas motivasi dan keprihatinan mereka. Tanpa galakan mereka, kami tidak akan memperoleh keyakinan untuk membina perniagaan yang kukuh di tanah air dan meluaskannya ke luar negara.

Perkara terbaik tentang AMWAY ialah anda bukan sahaja boleh membina perniagaan yang berjaya tetapi juga membawa kehormatan kepada keluarga anda. Terima kasih kepada Gek Hong kerana menjaga anak-anak kami dan mengekalkan keharmonian di rumah ketika saya menumpukan perhatian kepada perniagaan. Kami tidak mungkin dapat merealisasikan impian tanpa sokongan beliau yang tidak pernah mengenal jemu. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada ibu yang telah bersusah payah membesarkan saya dan mengajar saya nilai-nilai murni. Sehingga hari ini, hati saya sangat tersentuh apabila mengenang apa yang telah beliau lakukan untuk membimbing saya ke halatuju yang betul.

Terima kasih kepada Pengasas Bersama AMWAY Rich & Jay atas peluang perniagaan yang hebat ini; kepada semua kakitangan AMWAY Malaysia atas usaha dan sokongan mereka serta rakan-rakan di Malaysia dan di luar negara atas galakan yang mereka berikan selama ini.


[Extracted from Amagram Malaysia - February 2012]

Multimedia