Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo

From AmwayWiki
Jump to: navigation, search
Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo
Leekimsoon.jpg
Pin: Founders Crown Ambassador FAA30(2014)
Markets: Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia
LOA:

Soonye

LOS Upline: Wong Kam Waing & Cindy Tiong
Website:
Notes:First Founders Crown Ambassador in Malaysia

Aka

李金城&黃桂珠賢伉儷

Inception

1981

Qualification

Malaysia

Success Story

Born into a poor family, Charlie couldn’t even complete his primary school education. He started working at the age of 12 and ended up in over 30 different jobs and businesses that didn’t take off. He was working as a street peddler when he met Founders Platinum Directs Lim Kon Hon & Kam Thye. From such humble beginnings, Charlie & Linda have risen to the pinnacle of success, proving that AMWAY is indeed an opportunity that changes people’s lives.

Charlie and Linda’s dazzling rise to the pinnacle of success in the world of Amway is nothing short of inspiring. A street peddler and an accounts clerk lacking in everything seemingly necessary to succeed, Charlie and Linda embraced the Amway Business Opportunity and turned their lives around – against all odds!

Downline

Multimedia多媒體

EmbedVideo does not recognize the video service "googlevideo".

Kisah Kejayaan成功故事

Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo

Kuala Lumpur Sponsoring Direct; Lim Kon Hon & Kam Thye

Apabila ditanya, “Bagaimana rasanya menjadi Duta Mahkota Pengasas? Pernahkah merancang untuk bersara?” Kwee Choo dan saya menjawab, “Ini baru sahaja peringkat permulaan bagi perniagaan Amway kami.” Amway telah merubah seluruh hidup kami. Oleh itu, kami akan menghabiskan sepanjang hayat kami untuk membawa peluang ini kepada lebih ramai rakan; membantu dan memberi galakan kepada mereka dengan harapan mereka juga boleh merubah kehidupan mereka melalui Amway.

Melayakkan diri sebagai Duta Mahkota Pengasas hanyalah sebahagian daripada kitaran hidup kami. Kepentingan sebenar anugerah ini terletak pada hakikat bahawa ia telah membuktikan:

Amway adalah peluang perniagaan yang merubah kehidupan orang

Ibu bapa saya meninggal dunia semasa saya masih kecil lagi. Saya berhenti sekolah selepas Darjah 2, dan mula mencari rezeki sejak berumur 10 tahun. Bertukar dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan dan sebaik mencecah umur 26 tahun, saya telah melakukan lebih daripada 30 jenis pekerjaan. Namun, tidak satupun yang membawa saya hampir kepada gaya hidup yang saya ingini. Kwee Choo, yang pernah bekerja sebagai kerani akaun juga datang dari keluarga yang sederhana.

Kehidupan kami berubah sepenuhnya selepas menyertai Amway. Dari penjaja di tepi jalan yang bekerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, saya telah menjadi pemilik perniagaan yang berjaya. Selain jaminan kewangan dan kebebasan mutlak, Kwee Choo dan saya telah mengembara ke serata dunia dan bertemu orang-orang yang memberi inspirasi kepada kami melalui kesungguhan mereka untuk hidup dan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Hari ini, kami menjalani kehidupan yang ceria, sihat dan dirahmati.

Oleh itu, Amway bukan sekadar perniagaan yang menjual sabun; ia adalah perniagaan yang membawa harapan yang tiada penyudahnya. Amway bukan mengenai bertukar pekerjaan, ia mengenai merubah nasib anda. Saya berterima kasih kepada Pengedar Terus Platinum Pengasas Lim Kon Hon & Kam Thye kerana memperkenalkan Amway kepada kami. Sepanjang hayat kami, kami terhutang budi kepada mereka. Terima kasih kepada pengedar atasan Pengedar Terus Intan Eksekutif Wong Kam Waing & Cindy Tiong dan Pengedar Terus Dua Intan Siew Fang & Celia Wong kerana menunjukkan nilai dan potensi Amway kepada kami.

Amway adalah peluang perniagaan yang sama rata dan adil kepada semua

Amway memberikan peluang perniagaan yang sama rata kepada semua, tanpa mengira usia, pangkat, latar belakang keluarga dan taraf pendidikan. Kami memulakan perniagaan kami dengan tujuan yang sama dan anda boleh pergi sejauh mana yang anda mahu tanpa sebarang batasan. Bagi seorang yang latar pendidikannya seperti saya peluang pekerjaan begitu tipis. Walaupun saya bekerja, tidak banyak peluang untuk saya memajukan diri dari segi karier. Amway pula berbeza, kerana ia membenarkan kami berusaha untuk kejayaan yang kami ingini tanpa ada batasan.

Amway adalah perniagaan yang jelas dan mudah

Bahkan untuk seseorang seperti saya yang cuma bersekolah hingga Darjah Dua dan tanpa latihan profesional, kejayaan boleh dikecapi – terima kasih kepada asas perniagaan Amway yang jelas dan mudah. Kejayaan kami hari ini adalah atas pembelajaran yang tidak pernah henti dengan penuh keseronokan, bertindak dengan sikap yang positif dan mengulangi 3S. Semestinya, langkah seterusnya adalah menyampaikan ilmu dan pengalaman kami kepada rakan-rakan niaga kami. Di Amway, adalah penting untuk berkongsi dengan orang. Anda membantu diri anda dengan membantu orang lain berjaya. Kami begitu berdedikasi dan komited untuk melakukan perkara-perkara yang betul dalam perjalanan membina perniagaan kami.

Kami yakin dengan Syarikat dan kami belajar dari pemimpin yang berjaya. Tiada jalan pintas untuk berjaya, tetapi anda boleh diberi jaminan bahawa anda berada di landasan yang betul dengan mengikut langkah-langkah pemimpin yang berjaya.

Kejayaan ditentukan oleh pemikiran & sikap seseorang

LKS.jpg
Saya masih lagi ingat sewaktu menghadiri perjumpaan Amway saya yang pertama. Penaja atasan saya memujuk saya lebih daripada 30 kali sebelum akhirnya saya bersetuju untuk hadir, dengan anggapan ia hanya temu janji untuk menonton filem. Saya didedahkan pada potensi sebenar perniagaan Amway sewaktu perjumpaan itu. Saya tahu beliau meminta saya hadir kerana sayangkan saya, dan atas rasa sayang inilah, berserta ketabahan, yang telah menyokong kami dalam membina perniagaan Amway kami.

Terima kasih kepada para pemimpin Amway yang menjadi perintis kerana telah meletakkan asas yang kukuh di Malaysia, terutamanya Pengedar Terus Duta Mahkota Peter Lee & Choi Kit, Duta Mahkota yang pertama di Malaysia, yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu mencapai tahap kejayaan yang paling tinggi. Pencapaian mereka meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan kami terhadap perniagaan ini.

Terima kasih juga kepada Pengedar Terus Duta Mahkota Pengasas Barry Chi & Holly Chen (Taiwan) yang telah berkongsi pengalaman dengan kami tanpa ragu-ragu, yang mana membolehkan kami mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan kami. Kami percaya bahawa semua pemimpin yang berjaya mempunyai satu persamaan – mereka mengatasi semua cabaran dengan kecekalan dan keazaman.

Sekalung Penghargaan

Akhir sekali, kami berterima kasih kepada pihak pengurusan dan kakitangan Amway Malaysia kerana membawa semangat dan konsep keusahawanan bebas Rich & Jay ke Malaysia; dan kami amat berterima kasih kepada Rich & Jay dan keluarga mereka. Perniagaan Amway bukan sahaja memperkayakan kehidupan anda, tetapi juga kehidupan orang lain. Menjadi sebahagian daripada Amway merupakan lembaran yang paling menggembirakan dalam kehidupan kami. Cubalah, anda tidak akan menyesal. Marilah kita bekerja keras dan berkongsi impian dalam kita mendaki untuk sampai ke puncak kecemerlangan yang lebih tinggi.

[Amagram April 2006, Amway Malaysia]