Dexter Khaw Tee Jin & Celine Goh See Lin

From AmwayWiki
Revision as of 06:33, 15 July 2016 by MichaelAng (Talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search
Dexter Khaw Tee Jin & Celine Goh See Lin
Dexter01.jpg
Pin: Founders Diamond
Markets: Malaysia
LOA:

BWW

LOS Upline: Chan Poh Yoke
Website:
Notes:

Kisah Kejayaan

Dexter Khaw Tee Jin & Celine Goh See Lin

Kami tidak puas hanya dengan menjalani hidup yang biasa. Kami mahu menjalani hidup yang luar biasa.

Saya, Dexter, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba selesa. Cita-cita saya ialah hendak menjadi pemain bola profesional dan saya berangan-angan hendak mempamerkan kemahiran saya di seluruh pelusuk dunia. Bagaimanapun, angan-angan saya pudar apabila berhadapan dengan realiti hidup. Saya berhenti memburu kerjaya sebagai pemain bola. Sebaliknya, saya memulakan fasa kedua dalam perjalanan hidup saya dengan menjadi seorang ahli perniagaan.

Latarbelakang

Dalam proses mempelajari selok-belok perniagaan, peluang Perniagaan Amway diperkenalkan kepada saya. Saya menemui impian dan aspirasi yang saya pernah dambakan – kebebasan mengawal kewangan, kualiti hidup yang luar biasa, fleksibiliti masa dan peluang untuk melancong ke seluruh dunia – boleh dicapai menerusi Amway. Syukurlah dengan kebebasan yang ditawarkan oleh Amway. Hari ini, saya tidak perlu lagi memasang jam loceng, bangun ketika ia berdering dan bersama-sama ramai orang lain yang pergi bekerja.

Saya, Celine, suka melancong. Kerana itu saya mengambil kursus pengurusan hotel. Selepas bekerja dalam bidang ini selama dua tahun, saya mendapati profesion itu bukan apa yang saya bayangkan. Dengan mengenepikan latihan profesional saya, saya membuat komitmen untuk memperkembangkan perniagaan Amway. Kini, menerusi Amway, saya mampu merealisasikan impian melancong ke banyak destinasi di serata dunia.

Cabaran

Perjalanan kami dalam membina perniagaan Amway dipenuhi onak dan duri. Namun, keazaman untuk mencapai impian membuat kami tabah dan terus berusaha. Kami juga tetap berpegang pada keyakinan bahawa tiada sesiapa dan tiada rintangan yang boleh menghalang kami daripada mengejar gaya hidup berjaya yang kami idamkan.

Sekalung Penghargaan

Kami ingin berterima kasih kepada ibu bapa, adik-beradik kami atas inspirasi dan sokongan mereka. Kefahaman mereka adalah perangsang yang meningkatkan semangat kami. Anak-anak kami juga menjadi sumber motivasi utama untuk kami terus maju ke hadapan.

Kami berterima kasih kepada penaja kami, Pengedar Terus Platinum Pengasas Teng Peng Choong & Yew Ah Bee. Kami tidak akan berada di kedudukan kami hari ini tanpa mereka.

Terima kasih kepada semua pemimpin dalam kumpulan kami dan rakan Pengedar di seluruh negara, dan tidak lupa Pengedar Terus Intan Eksekutif Alvin Tham Wai Kim dan isterinya, Pengedar Terus Intan K L Lim & Shally Tan, Pengedar Terus Intan Chia Koh Hin & Teresa Chai. Sokongan dan semangat berpasukan anda telah mengilhamkan kami untuk terus mendaki tangga kejayaan.

Terima kasih kepada semua kakitangan Amway atas bantuan dan sokongan mereka. Terima kasih kepada Pengedar Terus Intan Eric Tan & Kang Hoon Tiang kerana menyalakan semula harapan kami dalam Amway.

Kami terhutang budi kepada mentor kami Pengedar Terus Duta Mahkota Chan Lee Sean. Beliaulah yang menyemai falsafah dan nilai Amway dalam diri kami. Beliau juga menanam semangat ‘jangan menyerah’ dalam hati kami, yang selama ini dan akan terus menjadi kunci kepada perkembangan dan pencapaian kami.

Akhir sekali, kami sangat berterima kasih kepada Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho. Kehadiran mereka yang tepat pada masanya menjadi titik tolak dalam perjalanan kami dan kejayaan kami adalah hasil bimbingan mereka.

Dalam hidup, semuanya adalah saksama. Selagi anda tidak menyerah kalah, kejayaan akan menjadi milik anda. Jumpa anda di puncak jaya!

[Amagram April 2009, Amway Malaysia]