Gondon Liew & Grace Wong

From AmwayWiki
Jump to: navigation, search
Gondon Liew & Grace Wong
Grace&Gordon.jpg
Pin: Diamond
Markets: Malaysia
LOA:

TQG

LOS Upline: Kuang Hong Eng
Website:
Notes:

Kisah Kejayaan

Latarbelakang

Semua orang ada cerita sendiri dalam hidup. Ada yang membosankan, ada yang penuh debaran dan ada yang seperti satu sandiwara. Bagi saya, Amway telah memenuhi cerita saya dengan pelbagai warna yang cerah.

Sebelum ini saya adalah guru sekolah. Kerja tersebut sepatutnya dihormati dan dipandang tinggi. Sebaliknya, gaji bulanan saya yang kurang daripada RM1000 tidak padan dengan status pekerjaan tersebut. Gordon pula ialah pemilik kedai runcit. Setiap hari, keutamaan beliau ialah memastikan kedai terus dibuka kerana beliau tahu sekurang-kurangnya ada peluang untuk melakukan urus niaga dan memperoleh pendapatan yang amat diperlukan.

Kami tidak pernah bertuah untuk memenangi loteri atau mendapat durian runtuh. Tetapi kami cukup bertuah kerana ditunjukkan Peluang Perniagaan Amway, mempelajari dan memahaminya dengan terperinci dan memilihnya sebagai jalan hidup kami. Apa yang paling penting, kami tidak pernah berputus asa.

Sejak itu, saya telah memilih untuk membayar pampasan kewangan daripada terus menjadi guru sementara Gordon memutuskan untuk berhenti menjadi pemilik kedai dan kononnya bos, yang akhirnya terpaksa melakukan sendiri semua kerja harian yang kasar dan menjemukan. Kami berupaya membuat keputusan ini kerana kami faham bahawa kami tidak perlu lagi bergantung kepada ‘kerja’ untuk mencari nafkah kerana kami telah menemui satu peluang yang akan membantu kami merealisasikan impian kami.

Cabaran Dalam Perniagaan

Tidak mungkin saya dapat menceritakan semua yang kami telah lalui dalam perjalanan dari 3% hingga menjadi Intan. Tidak perlu dikatakan, ada ketikanya kami rasa kecewa, letih dan hampa. Tetapi setiap kali saya bangkit semula selepas terjatuh, saya sedar bahawa saya tidak bersendirian. Pengedar atasan, pengedar bawahan dan rakan-rakan Pengedar berada di samping saya. Kesabaran mereka boleh menjadi contoh kerana mereka menunggu saya berdiri semula dan akhirnya berjaya mencapai matlamat kami.

Suatu masa dahulu kami tidak berupaya, tidak suka cabaran dan ragu-ragu. Amway telah menjadikan kami individu yang cekap, berani dan yakin. Dahulu kami tidak pasti tentang masa hadapan kami tetapi kini kami tahu ia bukan sekadar mimpi tetapi satu kemungkinan. Pelan Penjualan & Pemasaran Amway ialah contoh makna sebenar ‘kekuatan yang sedikit jika digunakan dengan betul akan banyak membantu dalam memberikan kelebihan yang jelas’. Ingatlah bahawa abad ke-21 bukan lagi gelanggang untuk wira yang bersendirian. Untuk menikmati kebebasan mutlak, kita harus bekerjasama dan membina pasaran yang kuat.

Apa Yang Kami Dapat Dari Perniagaan Amway

Kami boleh menerima sebarang kerja yang menjana pendapatan, tetapi hanya Amway yang memberikan kami peluang untuk menjana pendapatan pasif. Mungkin ia bukan peluang yang ideal tetapi Amway merupakan peluang yang membolehkan kami merealisasikan impian.

Amway bukan sahaja mengubah gaya hidup kami tetapi juga pemikiran kami. Kami telah memperoleh pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk kecantikan, pemakanan serta isu kualiti air dan udara. Apa yang paling penting, kini kami sedar bahawa mengumpul kekayaan bukan segala-galanya dalam hidup. Tujuan utama ialah membantu orang lain berjaya dan berkongsi gaya hidup ini.

Penaja Atasan dan Mentor

Syukur kepada Tuhan. Terima kasih kepada Amway, Pelan Penjualan & Pemasaran dan ahli kumpulan saya. Kami tidak akan berjaya jika bukan kerana anda. Kami berkongsi penghormatan pengiktirafan Intan ini dengan anda semua.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengedar atasan kami Su Sing Kwong & Cheah Siok Ken, Pengedar Terus Intan Kuang Hong Eng, Pengedar Terus Zamrud Pengasas Chiew Teik Huat, Pengedar Terus Intan Wong Hoi Kit & Nyok Moy, Pengedar Terus Intan Sunny Poh & Choi Seng, Pengedar Terus Tiga Intan Pengasas Siew Fang & Celia Wong, Pengedar Terus Tiga Intan Jordan & Soo Hwen Koh, Pengedar Terus Intan Pengasas Cheong Kwee Fatt & Ng Kim Mooi, dan Pengedar Terus Intan Wong Chong Seng & Lai Chan atas sokongan yang diberikan.

Selain itu, terima kasih juga kepada semua Pengedar Terus dan Pengedar Terus Intan di pusat kami di Ipoh, terutamanya Pengedar Terus Intan Eksekutif Pengasas Tan Siew Lan, Pengedar Terus Intan Loo Sing Gee & Wong Sau Lean, Pengedar Terus Intan Tan Kim Beng, Pengedar Terus Intan Eksekutif Yip Kam Tim & Yoke Kit, Pengedar Terus Intan Peter Fong & Jessica Ho atas nasihat yang sangat berharga. Tidak lupa kepada pemimpin dari Singapura seperti Pengedar Terus Zamrud Pengasas Wong Hing Kong & Yu Hoong Keen, Pengedar Terus Intan Thian Kok Wah & Jasmine Swee Ching Shin dan Pengedar Terus Intan Pengasas Ho Siew Ming & Wong Mee Yong, dan Pengedar Terus Intan Eksekutif Zig W.L.Won & Margurite Jane Kung dari Taiwan.

Penutup

Kami memohon maaf kepada mereka yang tidak disebut namanya di sini. Kami hargai segala bantuan dan sokongan yang telah anda berikan.

Apabila anda tidak puas hati dengan hidup anda, cuba maju beberapa langkah ke hadapan. Sentiasa ada risiko untuk jatuh ketika anda terabaraba mencari jalan dalam gelap. Tetapi sebaik sahaja anda nampak sejalur cahaya, anda akan tahu keindahan hidup yang dirahmati di hadapan anda.