Vincent Loh & Gaik Hoon

From AmwayWiki
Jump to: navigation, search
Vincent Loh & Gaik Hoon
Vincent Loh 01.jpg
Pin: Diamond
Markets: Malaysia
LOA:

BWW

LOS Upline: Dexter Khaw Tee Jin & Celine Goh See Lin
Website:
Notes:

Kisah Kejayaan

Vincent Loh & Fern Teoh

Selepas tujuh tahun terlibat dalam perniagaan ini, kami telah layak sebagai Intan! Masa terlalu sangat pantas. Saya dalam lingkungan 30-an sewaktu memulakan perniagaan ini dan sekarang saya sudah berumur 40-an.

Perjalanan kami untuk menjadi Pengedar Intan bukan mudah. Kami telah melalui saat-saat bahagia dan ceria, tetapi ada juga masanya kami rasa dipinggirkan. Selain itu, ada juga ketikanya kami rasa sangat terharu dan boleh menjadi kisah yang menyentuh perasaan. Secara ringkasnya, setelah mengambil kira semua perkara, Amway ialah permulaan hidup yang menakjubkan untuk kami.

Latarbelakang

Apabila rakan baik kami memberitahu tentang Amway dan berkongsi Pelan Penjualan & Pemasaran, kami tidak begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Saya merupakan akauntan berkanun lulusan luar negara dan bercita-cita memulakan kerjaya sendiri. Lagipun, saya diharapkan untuk membantu dalam syarikat pemaju perumahan milik keluarga.

Kami tidak sabar-sabar untuk mempraktikkan apa yang telah kami pelajari di kolej dan membina kerjaya dalam bidang kepakaran kami. Namun, laluan untuk membina kerjaya tidak selancar yang saya harapkan. Beberapa tahun kemudian, saya terpaksa mengetepikan aspirasi dan impian saya dan terpaksa berpuas hati menjadi sebahagian daripada perniagaan keluarga yang diterajui oleh bapa saya. Saya sangka takdir saya sudah tersurat dan saya akan menjalani hidup yang tiada matlamat dan erti, sekadar merakam waktu masuk dan keluar dari pejabat setiap hari, bermain golf dan bertemu dengan rakan perniagaan untuk minum dan mengisi masa terluang.

Memulakan Perniagaan Amway

Mujurlah pengedar atasan kami tidak berputus asa. Kami berjumpa setiap hari untuk bermain golf dan beliau tidak pernah lupa menjemput kami menghadiri perjumpaan. Tetapi kami sentiasa memberikan alasan untuk menolak jemputannya. Walaupun begitu, kami mendaftar juga sebagai Pengedar pada 2002. Mungkin ia sudah ditakdirkan. Selepas menghadiri satu perjumpaan, kami terdorong untuk mencuba perniagaan Amway. Kami berusaha, mengambil tindakan yang sewajarnya dan hasilnya, kami layak sebagai Nilam pada tahun pertama, diikuti oleh Zamrud pada tahun kedua.

Beberapa tahun berikutnya, kami menikmati hasil kerja keras kami. Kami mengambil keputusan untuk mendaki tangga kejayaan yang lebih tinggi apabila melihat pengedar atasan kami layak sebagai Intan. Dengan bimbingan daripada pengedar atasan dan kerjasama daripada kumpulan kami, kami berjaya menjadi Intan dan mengubah hidup kami yang biasa kepada gaya hidup yang cemerlang.

Hidup ini umpama layar perak dan kita semua bertanggung jawab menentukan jalan cerita sendiri. Anda yang menentukan takdir hidup anda. Buat keputusan, yakin kepada diri sendiri dan anda akan menjalani hidup yang gemilang lagi masyhur.

Sekalung Penghargaan

Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami, ahli kumpulan, penaja Pengedar Terus Intan Dexter Khaw Tee Jin & Celine Goh See Lin, Pengedar Terus Platinum Pengasas Teng Peng Choong & Yew Ah Bee, Pengedar Terus Intan Eksekutif Alvin Tham Wai Kim dan isteri, Pengedar Terus Tiga Intan Pengasas Siew Fang & Celia Wong, Pengedar Terus Duta Mahkota Chan Lee Sean dan Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho. Tidak lupa kepada Pengasas Bersama Amway Rich & Jay dan semua kakitangan Amway atas bantuan yang diberikan.

“Usah ragu, tetapi yakinlah kepada diri sendiri. Hidupkan semangat dan serlahkan potensi anda. Anda akan nampak cahaya di hujung jalan dan betapa cerahnya masa hadapan anda.

[Amagram April 2010, Amway Malaysia]