Noor Azmi & Siti Norizah

From Amway Wiki
Jump to: navigation, search
Noor Azmi & Siti Norizah
DrAzmi&DrSiti.jpg
Pin: Diamond
Markets: Malaysia
LOA:

unknown

LOS Upline:
Website:
Notes:Upline sponsor is Lee Kai Loong & Lam Kwai Lin(Emerald)

Kisah Kejayaan

“Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat Amway biar sampai jadi Intan”. Itulah kata-kata keramat yang sering saya laung-laungkan di mana-mana. Kalau orang dari pelbagai lapisan masyarakat boleh melakukannya, kenapa tidak saya?

Peluang Amway hadir di dalam hidup saya 71/2 tahun dahulu melalui seseorang yang saya tidak kenali. Beberapa kali saya cuba mengelakkan diri daripada beliau tetapi beliau masih berdegil untuk berjumpa dengan saya. Saya dan isteri saya akhirnya menyertai Amway pada 15 Oktober 1997. Terima kasih Pengedar Terus Zamrud Lee Kai Loong & Lam Kwai Lin yang tidak henti-henti membimbing kami. Tidak pernah pun terfikir yang hidup kami akan berubah sebegini.

Latarbelakang

Pada mulanya kami bagaikan tidak percaya akan segala yang berlaku. Kehidupan seharian kami sudah cukup sibuk dengan empat buah klinik dan empat orang anak untuk dijaga. Namun satu seminar yang kami hadiri di Ipoh telah membuka mata kami. Kami berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Kami semakin yakin bahawa perniagaan ini dapat memberi kebebasan dari segi masa, kewangan dan jaminan masa depan. Lantas kami membuat keputusan untuk berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam Amway kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Kami mematuhi nasihat penaja dan menjadi penguna setia semua produk AMWAY terutamanya NUTRILITE. Kami bertambah yakin dengan produk dan mula mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang kami temui. Mendengar kaset, membaca buku motivasi dan menghadiri program anjuran Amway telah menjadi tabiat kami. Kami mengadakan mesyuarat mingguan untuk memperkenalkan peluang ini kepada orang lain dan juga memberi bimbingan kepada kumpulan dalam organisasi kami.

Cabaran

Cabaran memang banyak. Tetapi kami menganggapnya sebagai batu loncatan dan hanya menyemarakkan lagi perjuangan ini. Dalam meniti tangga kejayaan, kami juga berhadapan dengan ramai orang yang memberi komen-komen yang melukakan. Tetapi impian kami yang cukup nyata dan teguh memberikan satu kekuatan yang luar biasa kepada kami untuk meneruskan perniagaan ini. Ciri perniagaan ini yang boleh diwariskan kepada anak-anak membuatkan kami lebih gigih berusaha. Konsep membantu orang lain mencapai impian juga adalah sesuatu yang amat kami banggakan dalam Amway. Dalam membina perniagaan ini, kami menjalinkan persahabatan dengan mereka yang positif yang sentiasa membakar semangat kami untuk berjaya. Sememangnya, Amway bukan sekadar perniagaan, ia juga adalah peluang untuk membantu sesama insan.

Pencapaian

Pencapaian sebagai Pengedar Terus Platinum, Delima dan Mutiara secara serentak pada bulan Jun 1998 membakar semangat dan mengukuhkan lagi keyakinan kami dalam perjuangan ini. Melalui Amway kami dapat berkongsi pengalaman kami di konvensyen yang diadakan di Pulau Pinang, Brunei, Kuantan dan juga Konvensyen Kebangsaan Amway 2004. Kami juga telah dijemput untuk mengikuti seminar di luar negara seperti Korea, Las Vegas, Alaska, Melbourne, Afrika, Tokyo yang ditanggung sepenuhnya oleh Amway.

Tahun ini kami akan ke berangkat pula ke San Francisco. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kami rasai dalam kehidupan kami sebelum ini. Ramai orang berkata mereka tidak mempunyai masa, tetapi kami mencari-cari sedikit masa yang ada untuk menjadikan impian kami satu kenyataan.

Penghargaan

Terima kasih Rich dan Jay atas peluang perniagaan yang hebat ini, kakitangan dan pihak pengurusan Amway atas bantuan mereka, Pengedar Terus Zamrud Lee Kai Loong & Lam Kwai Lin kerana memperkenalkan peluang keemasan ini dan membimbing kami sehingga kami mencapai tahap ini. Tidak lupa juga ibu dan ayah atas restu dan sokongan mereka, dan khusus buat warga organisasi kami – Tahniah atas pencapaian anda dan terima kasih atas kepercayaan anda terhadap kepimpinan kami. Kami gembira kerana dapat membantu anda mencapai impian anda. Kami yakin anda boleh melakukannya. Kepada semua pemimpin Amway yang banyak memberi semangat dan kerjasama terutamanya Pengedar Terus Zamrud Pengasas Ong Chuan Kee & Yaw Pick Yoke, Pengedar Terus Delima Lee Sao Foong & Wong Kek, Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho, Pengedar Terus Intan Eksekutif Nortini Yacob & Ramly Abu Bakar, Pengedar Terus Intan Harun & Murni, semua pemimpin Amway dari Utara dan semua pemimpin Amway yang mengenali kami.

Kami amat bersyukur dan berbangga kerana menjadi sebahagian daripada dunia Amway. Pengalaman selama 71/2 tahun menjadi asas yang kuat bagi kami meneruskan perjuangan demi membantu umat hari ini. Jangan biarkan sesiapa pun meragut impian kita. Berbekalkan impian yang besar, keinginan yang membara, kesanggupan untuk berubah dan pertalian yang erat, kami yakin kejayaan menanti kita satu hari nanti. Kalau mereka boleh, kita pun mesti boleh. Jumpa anda di puncak kejayaan!

(Dipetik dari Amagram Amway Malaysia, Oktober 2005)